Wednesday, December 21, 2011

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

          Bismillahirahmanirrahim-dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Biarlah kita mulakan sesuatu itu dengan nama Allah, Tuhan yang satu,mengEsakanNya yang menciptakan manusia, makhluk-makhluk, langit dan bumi berserta semesta.
Basmallah diucapkan ketika akan memulakan setiap perkara yang bermanfaat,yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. Tanpa bismillah apabila melakukan sesuatu pekerjaan, kurang keberkatannya.

Syeikh Muhd Abdul berkata didalam tafsirnya : “Al-Quran itu Imam dan ikutan kita, kerana itu Al-Quran dimulakan dengan kalimat ini, iaitu dengan Bismillah. Itu satu petunjuk bagi kita agar seluruh perbuatan kita dimulakan dengan membaca Bismillah.”

Syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaanNya yang melimpah ruah dan tidak pernah habis. Segala puji bagi Allah s.w.t. dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabat-sahabat r.a dan semua yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Maka bermulalah sesi pembelajaran membuat blog pada saat ini. walaupun hasilnya tidaklah sehebat syarikat besar seperti microsoft dan mark zakeberg(eja xbtol xpenting un,kih2), pemilik mukabuku yang menyebabkan ramai student-student malas baca buku hakikatnya.


           Besar harapan semoga blog ini dpat memberi peringatan, manfaat dan bimbingan kepada semua serta saya sendiri. Sebarang salah dan silap harap dimaafkan, dan mengharap keampunan Allah s.w.t kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolonganNya.

Teguran yang membina amat dialu-alukan.

  pohon bantuan dari rakan2 yg pro dalam bidang nie sebab takda langsung ilmu blogging nie, ilmu joging ada la sket2,kui2)

No comments:

Post a Comment