Dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020
2012/01/17
STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan. Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS. Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai. Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram. Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global. Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung. "Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya. Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan. Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini. Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article
kambing 1 Dinar
Seekor kambing 1 Dinar
Kehebatan matawang emas dan dinar tetap utuh....Pada masa sekarang 1 dinar boleh membeli seekor kambing. Lagi lama di simpan lagi bernilai dan mungkin 5 tahun lagi



berbanding kerbau............Nilai 1 dinar sekarang RM 624 boleh membeli
seekor kambing atau masih berbaki lagi.....
Sebagai Contoh: 1 dinar masa zaman Nabi Muhammad s.a.w boleh membeli seekor kambing. Realiti ini telah menjadi nyata pada masa sekarang kerana 1 dinar sekarang bersamaan dengan RM624.
Walaupun zaman telah berlalu 1400 tahun yang lalu tetapi nilai 1 dinar tetap teguh dan tidak susut nilai jika di bandingkan dengan wang kertas yang di simpan 1400 tahun yang lalu....bahkan ianya tidak akan laku jika di gunakan untuk membeli barang pada masa sekarang. Itulah kelebihan matawang emas dan dinar.
Perkara ini dapat dibuktikan dengan kisah tujuh orang pemuda yang lari dari pemerintahan Raja yang zalim sebagaimana yang di ceritakan dalam surah Al-Kahfi juzuk 15. (buka quran tgk terjemahan)
Kesimpulanya simpan lah emassssssssssssssssssssssssss atau dinarrrrrrrrrr................ :) Semoga anda faham dengan penjelasan saya ini. kalau nak beli emas boleh menghubungi saya atau lawati web ni utk keterangan lanjut. www.gsr2u.com.my/remyberhan
Penyimpanan Emas
Teknik Penyimpanan Emas
Harga emas turun naik berbagai reaksi berbeza akan datang di kalangan
pelabur dan peniaga emas
Jika Harga sedang menurun:
"kalau beli sekarang turun lagi macamana?".....tak beli juga sampailah
Penyimpan 2
Step 1. Beli emas dan simpan..pada apa harga pun sebab simpan emas
tetap untung untuk jangka masa sederhana dan panjang
harga kembali naik......lepas tu mengeluh..."rugi la tak beli tadi"
Penyimpan 2
"kena beli ni, nanti turun lagi beli lagi, turun lagi beli lagi"......lepas tu harga
naik kembali.....pelabur senyum sahaja sebab sudah mendapat keuntungan....
Jika harga sedang menaik:
Penyimpan 1
"harga sedang naik, rugi la kalau beli sekarang"......lepas tu harga terus menaik......
"rugi la tak beli tadi, sekarang dah bertambah tinggi"........pun mengeluh jugak....
tetap rugi
"Harga naik, dan akan naik lagi ni, kena beli secara sedikit-sedikit,
" lepas tu harga naik......pergh...syukur dah beli tadi".........
Senario diatas akan berlaku bila pasaran harga emas turun dan naik,orang
yang kurang membuat kajian akan menjadi seperti pelabur 1, sentiasa rugi
dan mengeluh....jadi rajin-rajin la membaca dalam internet berkenaan
pelaburan emas dan juga peredaran ekonomi atau paling sikit pun rujuk lah
dengan dealer anda.
Teknik Penyimpan emas:step by step
Step2 . Beli secara consistent - pada masa harga turun dan harga naik..jadi
masa hargaturun
Step3. Beli masa murah dan jual masa tinggi.....adalah step yang paling
terakhir anda perlu buat...tetapi kebanyakkan orang mebuat langkah silap
dengan bermula step 3 dulu...sampai bila pun tak boleh beli emas sebab harga
emas dalam trend menaik....
kerana penggunaan sistem emas telah digunakan sejak dari zaman
dahulu kala lagi...
Nilai emas tidak akan susut dan tidak akan di telan inflasi seperti
penggunaan mata wang..


No comments:
Post a Comment