Wednesday, December 21, 2011

al-kisah..

Assalammualaikum..
                  Selangkah lagi ke arah penambahan ilmu..sudah lama xbaca jawi. Dulu kecik2 sekolah rendah time blajar kat sekolah tajwid selalu la mengadap. masa mula kenal tauhid, fiqah, tasawuf.(3 nie basic sebenarnya) dan sebagainya baru nk kenal. so, dh besar2 nie kena refresh balik. almaklum banyak sngat amik ilmu dunia bila dh msuk sekolah menengah.

Alhamdulillah balik dari surau andalusia tadi(insyaAllah xlama lgi upgrade jadi masjid,leh solat jumaat jalan kaki ja lepas nie).


Pengajian kitab hidayatussalikin by ust.zulkifli assyathari..
Hidup ini berkenaan masa..suka sya ambil surah Al-Asr...wal-ashr. innal-insana lafi khusr. ilalladziina aamanu wa ‘amilush-salihaati wa tawaasaubilhaqqi wa tawaasawbish-shabr. (Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.).
Setiap apa yang kita lakukan dlam perjalanan hidup berkait dengan hukum-hakam dan kita xboleh lari darinya setiap saat. Ust Zul berkta,(ambil secara ringkas balik dari pngajian tdi)..sbab itu Allah mnunjukkn kekuasaan dalam mnggunakn masa. Seperti peristiwa Israk & mikraj. Bagaimana pantasnya Allah mngangkat Nabi ke langit dalam 1 malam. Mengikut akal fikiran manusia mmang berfikir tidak logik. Tapi berdasarkn iman,kita wajib mmpercayainya. Allahuakbar.

Pada asalnya saya nk buat sambungan mngenai Basmalah. Cerita bab makanlh senang,sebab makan nie benda senang.xgitu?..
Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.

Baginda mengatakan: "Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu)."

Kerana apa yang disebut dari lidah Rasulullah itu bukan lagi benda yang remeh. Kerana Rasulullah sendiri telah menegur seorg kanak-kanak mulakn dengan bismillah apabila untuk melakukn sesuatu pekerjaan(walaupun dengan menyuap kacang yg ringan ke mulut).

Tapi jngan pula mggunakan kalimah Allah ini untuk tujuan yg haram disisi syarak seperti hendak mmbeli nombor ekor, tpi gunakn basmalah, dh xbtul tu..~curi ayam tpi pandai lak sembelih,mula bca basmalah.xbtul gak tu~..makna kena faham apa yg haram ngan halal. Mempermainkn kalimah Allah dalam perkara2 yg melibatkan hukum syarak dan akhirat boleh mmbatalkn Islam dalam diri seseorg. Jadi kafir. Nie bukan aku nk fatwa, xcaya rujuk balik kitab2 tauhid.Nauzubillah..

No comments:

Post a Comment