Friday, December 23, 2011

Bangun..

Assalammualaikum..
     Pagi ni terjaga awal.. alhamdulillah, masih mampu terjaga dan menghirup O2 di bumi hijau Allah ini, dan terus beribadat, solat sunat tahajjud,serta memohon keampunan ke atas dosa2 yang dilakukan yg secara sedar & tak sedar.

Selalu kita merasakn berat untuk bangun malam. Almaklum mimpi yg bagai logik dibuai kenikmatan.
Namun kalau dirasakn berat memadailah dilakukan dengan sidikit iaitu sekadar 2rakaat tetapi dilakukan berterusan setiap malam.

Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya:
"Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : " Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit."
Arini entah kenapa rasa stress sngat pada manusia..
 
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
“Allahumma inni a’udzubika minal hammi wal hazan, wal ‘ajzi wal kasal, wal bukhli wal jubni, wa dhal’iddaini wa ghlabatirrijali.” (Muslim) 


Yaa Allah, Aku berlindung kepadaMu dari ketakutan dan kesediham, dari kelemahan dan kemalasan, dari kebakhilan dan sifat penegcut, dan dari lilitan hutang dan dikuasai oleh manusia.”
moga2 Allah diampun segala dosa. Walaupun rasa berat nk mnghadapi segala ujian. 
Dipendekkan cerita, semalam tiba2 dapat panggilan dari rakan sekerja dulu, smua dh handle project upgrade 3G sndiri skrang. Rezeki masuk melimpah ruah, Alhamdulillah. income 2ari ja dh bleh dpat mcam gaji cleaner. Tpi tepaksa tolak dlu sbab xcukup preparation. bnyak benda nk kena maintain balik. 
Pagi hantar bonda(aiseh macam tulis surat rasmi,bonda2 nie) kuliah dhuha. arini menambah lagi koleksi CD kuliah UAI ngan Ustaz Kazim sebab ada org jual kat situ. pas kuliah abis trus balik kmpung solat jumaat di kampung. (klu kat kampung bes la conform dapat 1st saf..hehe). Di kampung tngok keindahan alam..kebun pisang yg ayah tanam alhamdulillah sudah menampakkan perkembangan.




Malam- bersama Ustaz feveret remaja2 dulu (aiseh macam dh tua ja). Ustaz Halim Nasir. Nie la ustaz 1st sekali wat idola yg bercakap lantang dh tegas sekali ketika beri kuliah dan khutbah. Bersemangat, mmang smua org xlena la klu dia beri hujah. Sekarang kira UAI tu lapis2 dia la. ^,^(sngat2 epi)

Malam nie dia hurai surah Maryam ayat 41-42. Baru balik dari tunai haji, so bnyak cita pngalaman d tanah haram. 1st time urus warga OKU pekak bisu ktanya. 1rahmat pngalaman berharga, mereka cukup istemewa special unbelievable.. :-)

Wednesday, December 21, 2011

al-kisah..

Assalammualaikum..
                  Selangkah lagi ke arah penambahan ilmu..sudah lama xbaca jawi. Dulu kecik2 sekolah rendah time blajar kat sekolah tajwid selalu la mengadap. masa mula kenal tauhid, fiqah, tasawuf.(3 nie basic sebenarnya) dan sebagainya baru nk kenal. so, dh besar2 nie kena refresh balik. almaklum banyak sngat amik ilmu dunia bila dh msuk sekolah menengah.

Alhamdulillah balik dari surau andalusia tadi(insyaAllah xlama lgi upgrade jadi masjid,leh solat jumaat jalan kaki ja lepas nie).


Pengajian kitab hidayatussalikin by ust.zulkifli assyathari..
Hidup ini berkenaan masa..suka sya ambil surah Al-Asr...wal-ashr. innal-insana lafi khusr. ilalladziina aamanu wa ‘amilush-salihaati wa tawaasaubilhaqqi wa tawaasawbish-shabr. (Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.).
Setiap apa yang kita lakukan dlam perjalanan hidup berkait dengan hukum-hakam dan kita xboleh lari darinya setiap saat. Ust Zul berkta,(ambil secara ringkas balik dari pngajian tdi)..sbab itu Allah mnunjukkn kekuasaan dalam mnggunakn masa. Seperti peristiwa Israk & mikraj. Bagaimana pantasnya Allah mngangkat Nabi ke langit dalam 1 malam. Mengikut akal fikiran manusia mmang berfikir tidak logik. Tapi berdasarkn iman,kita wajib mmpercayainya. Allahuakbar.

Pada asalnya saya nk buat sambungan mngenai Basmalah. Cerita bab makanlh senang,sebab makan nie benda senang.xgitu?..
Lihatlah Rasulullah menegur Umar Abi Salamah ketika dia makan dengan mengambil makanan yang terletak jauh dari jangkauannya.

Baginda mengatakan: "Ya ghulam sammillah, kul biyaminik wa kul mimma yaliik (anak, bacalah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari yang terdekat denganmu)."

Kerana apa yang disebut dari lidah Rasulullah itu bukan lagi benda yang remeh. Kerana Rasulullah sendiri telah menegur seorg kanak-kanak mulakn dengan bismillah apabila untuk melakukn sesuatu pekerjaan(walaupun dengan menyuap kacang yg ringan ke mulut).

Tapi jngan pula mggunakan kalimah Allah ini untuk tujuan yg haram disisi syarak seperti hendak mmbeli nombor ekor, tpi gunakn basmalah, dh xbtul tu..~curi ayam tpi pandai lak sembelih,mula bca basmalah.xbtul gak tu~..makna kena faham apa yg haram ngan halal. Mempermainkn kalimah Allah dalam perkara2 yg melibatkan hukum syarak dan akhirat boleh mmbatalkn Islam dalam diri seseorg. Jadi kafir. Nie bukan aku nk fatwa, xcaya rujuk balik kitab2 tauhid.Nauzubillah..

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

          Bismillahirahmanirrahim-dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Biarlah kita mulakan sesuatu itu dengan nama Allah, Tuhan yang satu,mengEsakanNya yang menciptakan manusia, makhluk-makhluk, langit dan bumi berserta semesta.
Basmallah diucapkan ketika akan memulakan setiap perkara yang bermanfaat,yang tidak bercanggah dengan hukum syarak. Tanpa bismillah apabila melakukan sesuatu pekerjaan, kurang keberkatannya.

Syeikh Muhd Abdul berkata didalam tafsirnya : “Al-Quran itu Imam dan ikutan kita, kerana itu Al-Quran dimulakan dengan kalimat ini, iaitu dengan Bismillah. Itu satu petunjuk bagi kita agar seluruh perbuatan kita dimulakan dengan membaca Bismillah.”

Syukur ke hadrat Ilahi dengan kurniaanNya yang melimpah ruah dan tidak pernah habis. Segala puji bagi Allah s.w.t. dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabat-sahabat r.a dan semua yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Maka bermulalah sesi pembelajaran membuat blog pada saat ini. walaupun hasilnya tidaklah sehebat syarikat besar seperti microsoft dan mark zakeberg(eja xbtol xpenting un,kih2), pemilik mukabuku yang menyebabkan ramai student-student malas baca buku hakikatnya.


           Besar harapan semoga blog ini dpat memberi peringatan, manfaat dan bimbingan kepada semua serta saya sendiri. Sebarang salah dan silap harap dimaafkan, dan mengharap keampunan Allah s.w.t kerana tiada daya dan upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolonganNya.

Teguran yang membina amat dialu-alukan.

  pohon bantuan dari rakan2 yg pro dalam bidang nie sebab takda langsung ilmu blogging nie, ilmu joging ada la sket2,kui2)