Wednesday, September 12, 2012

PELUANG HANGAT



Sistem Perniagaan Yang Sangat Mengujakan, Dilengkapi Platform Pemasaran Mudah...Usaha Menambah Pendapatan, Semakin Pantas....
Selamat datang ke laman 3rd party web program perniagaan terhebat masa kini: Dealer Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR). Laman web ini ditwujudkan sebagai platform informasi setempat semua berkenaan Syarikat, Khidmat, Produk & Halatuju kami.

GOLD SILVER RESOURCES SDN. BHD (GSR) ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan secara rasmi pada 16 November 2011. Perniagaan utama GSR ialah menfokuskan perdagangan logam berharga seperti bullion Emas dan Perak. Semua produk GSR adalah dijamin akan belian balik pada harga yang lebih tinggi dari pesaing kami.

Kami boleh memberikan khidmat rundingan & bimbingan berkaitan GSR melalui rangkaian Pengedar Rasmi seperti Rangkaian EmasGSR di seluruh Malaysia.

AWAS! MENGAPA ANDA PERLU MENYIMPAN EMAS DAN PERAK? ANDA YANG PEKA, USAH KETINGGALAN LAGI.........IA TERBAIK!


Dengan melihat kedua-dua Graf ini sudah cukup memberikan jawapan kepada persoalan di atas. Nilai Emas dan Perak meningkat dari tahun ke tahun berbanding nilai matawang yang menyusut saban tahun.





Wednesday, May 16, 2012

Proses Daftar Member




Proses Daftar VIP Member




Mari saya tunjukkan proses Pendaftaran Menjadi FREE atau VIP Member GSR dengan langkah yang mudah:

  • Sebagai permulaannya anda perlu membuka laman web rasmi GSR seperti alamat berikut ~ www.gsr2u.com.my/remyberhan
  • Anda akan dipaparkan dengan laman utama Gedung Online GSR seperti dibawah.


  1. Sila klik pada Badge Merah "DAFTAR PERCUMA" dan anda akan dipaparkan Borang Pendaftaran secara Online.
  2. Kini anda perlu mengisi maklumat butiran anda. Pastikan maklumat Introducer / Username penaja anda ialah remyberhan dengan Kod Dealer KD0013 dengan nama RAIMI BERHAN
  3. Isikan semua maklumat dengan tepat. USERNAME ialah Login ID utama anda dan ianya merupakan AFFILIATE ID untuk website PERCUMA anda seperti www.gsr2u.com.my/remyberhan ~ remyberhan ialah username saya .
  4. Setelah selesai butiran anda dihantar (submit) dalam talian. Nah kini anda telah pun berdaftar sebagai FREE Member GSR.
  5. Sila gunakan Login Username & Password anda untuk membuat belian atau menaik-taraf FREE Member kepada VIP Member dengan langkah berikutnya:



  1. Jika anda ingin naik-taraf keahlian anda kepada VIP Member, sila login dulu pada menu LOG MASUK di atas sekali penjuru kanan. Anda akan dipaparkan dengan akaun FREE Member seperti di atas.
  2. Klik pada menu di kanan ~ NAIK TARAF AHLI VIP

  3. Sila buat bayaran terus ke Akaun GSR dengan No. Akaun Bank seperti berikut:
    1. Maybank   : - 5621 0662 1240 ........Gold Silver Resources
    2. CIMB        : - 1205 1311 396 052 ...Gold Silver Resources
  4. Pastikan anda buat Screenshot atau Printscreen Payslip jika menggunakan Internet Banking atau ambil slip ATM bagi bukti bayaran untuk GSR. Gunakan Telefon Bimbit anda yang canggih tu & snap payslip tersebut
  5. Sila MUATNAIK (UPLOAD) salinan Mykad atau Identiti Pengenalan bagi mereka bukan Warga Malaysia.
  6. Sila MUATNAIK (UPLOAD) salinan BUKTI BAYARAN (PAYSLIP) RM1,000 kepada GSR tadi.
  7. Sebagai backup, Emailkan bukti bayaran & salinan IC (MyKad) anda kepada admin@gsr2u.com.my & cc kepada saya di remy_borhan@yahoo.com sebagai rujukan saya untuk mempercepatkan proses pendaftaran anda.
  8. Anda akan dihubungi oleh GSR untuk pengaktifan akaun Dealer anda. Saya akan membantu mempercepatkan proses tersebut.
  9. Nah..anda kini telah menjadi dealer dengan proses yang begitu mudah sekali kan?
    Jika ada pertanyaan..sila komen di ruangan Facebook di bawah. Saya akan reply dengan kadar segera. https://www.facebook.com/RaiMiBeRhanudin

Kelebihan Simpan Dinar Emas Berbanding Mata Wang

CONTOH PENGIRAAN 1 TAHUN:-


  1. Jan : RM526.00

  2. Feb : RM540.00
  3. Mac : RM554.00
  4. April : RM569.00
  5. May : RM585.00
  6. Jun : RM601.00
  7. Jul : RM616.00
  8. Ogos : RM632.00
  9. Sep : RM648.00
  10. Okt : RM665.00
  11. Nov : RM682.00
  12. Dis : RM700.00

Total : RM7,318.00


- Increment for gold per month 2.63%
- Invest for 1 year then keep it for 10 years.
- Forecast Increment Per Annum(10 years):33.3%


- Total sum : RM31,686.94



CONTOH PENGIRAAN SIMPAN DUIT

Mata Wang akan susut dan ditelan inflasi berbanding emas

  1. Jan : RM600.00
  2. Feb : RM600.00
  3. Mac : RM600.00
  4. Apr : RM600.00
  5. May : RM600.00
  6. Jun : RM600.00
  7. Jul : RM600.00
  8. Ogo : RM600.00
  9. Sep : RM600.00
  10. Okt : RM600.00
  11. Nov : RM600.00
  12. Dis : RM600.00

Total : RM7,200.00


Financial instrument:ASB
- Invest for a year then keep for 10 years
- Dividen and Bonus:+ - 8.75%


Total sum : RM15,078.10


See the difference?
> Gold is "zero inflation"
> Money will be affected by inflation
*PENGIRAAN TERSEBUT MENGIKUT HARGA DINAR SBLM INI. JADIKAN ANDAIAN PENGIRAAN TERSEBUT SBG  SEMANGAT UTK ANDA TERUS MENYIMPAN DINAR

KESIMPULANNYA: 
Anda nilailah sendiri, saya syorkan anda simpanlah dinar/emas skrg...I dinar utk 1 bulan. Tahniah!! 


Keseronokanya anda akan rasai pada akhir tahun nanti :)
Call me utk tempahan gold bar/ emas...

0174018879(sms/call), PM http://www.facebook.com/RaiMiBeRhanudin

Dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020



 2012/01/17

 STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan. Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi. “Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS. Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai. Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram. Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global. Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung. "Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya. Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu. Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan. Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini. Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

 

kambing 1 Dinar

Seekor kambing 1 Dinar



Kehebatan matawang emas dan dinar tetap utuh....Pada masa sekarang 1 dinar boleh membeli seekor kambing. Lagi lama di simpan lagi bernilai dan mungkin 5 tahun lagi








berbanding kerbau............Nilai 1 dinar sekarang RM 624 boleh membeli
seekor kambing atau masih berbaki lagi.....


Sebagai Contoh: 1 dinar masa zaman Nabi Muhammad s.a.w boleh membeli seekor kambing. Realiti ini telah menjadi nyata pada masa sekarang kerana 1 dinar sekarang bersamaan dengan RM624.

Walaupun zaman telah berlalu 1400 tahun yang lalu tetapi nilai 1 dinar tetap teguh dan tidak susut nilai jika di bandingkan dengan wang kertas yang di simpan 1400 tahun yang lalu....bahkan ianya tidak akan laku jika di gunakan untuk membeli barang pada masa sekarang. Itulah kelebihan matawang emas dan dinar.

Perkara ini dapat dibuktikan dengan kisah tujuh orang pemuda yang lari dari pemerintahan Raja yang zalim sebagaimana yang di ceritakan dalam surah Al-Kahfi juzuk 15. (buka quran tgk terjemahan)

Kesimpulanya simpan lah emassssssssssssssssssssssssss atau dinarrrrrrrrrr................ :) Semoga anda faham dengan penjelasan saya ini. kalau nak beli emas boleh menghubungi saya atau lawati web ni utk keterangan lanjut. www.gsr2u.com.my/remyberhan
phone: 017-4018879 ^,^

 

Penyimpanan Emas

Teknik Penyimpanan Emas

Harga emas turun naik berbagai reaksi berbeza akan datang di kalangan 
pelabur dan peniaga emas
Jika Harga sedang menurun:

Penyimpan 1 
"kalau beli sekarang turun lagi macamana?".....tak beli juga sampailah 
harga kembali naik......lepas tu mengeluh..."rugi la tak beli tadi"

Penyimpan 2 
"kena beli ni, nanti turun lagi beli lagi, turun lagi beli lagi"......lepas tu harga 
naik kembali.....pelabur senyum sahaja sebab sudah mendapat keuntungan....

Jika harga sedang menaik:
Penyimpan 1
"harga sedang naik, rugi la kalau beli sekarang"......lepas tu harga terus menaik......
"rugi la tak beli tadi, sekarang dah bertambah tinggi"........pun mengeluh jugak....
tetap rugi


Penyimpan 2
"Harga naik, dan akan naik lagi ni, kena beli secara sedikit-sedikit,
" lepas tu harga naik......pergh...syukur dah beli tadi".........


Senario diatas akan berlaku bila pasaran harga emas turun dan naik,orang 
yang kurang membuat kajian akan menjadi seperti pelabur 1, sentiasa rugi 
dan mengeluh....jadi rajin-rajin la membaca dalam internet berkenaan 
pelaburan emas dan juga peredaran ekonomi atau paling sikit pun rujuk lah 
dengan dealer anda.



Teknik Penyimpan emas:step by step


Step 1. Beli emas dan simpan..pada apa harga pun sebab simpan emas 
tetap untung untuk jangka masa sederhana dan panjang

Step2 . Beli secara consistent - pada masa harga turun dan harga naik..jadi 
anda dah boleh maksima keuntungan jika harga naik dan minimum kerugian 
masa hargaturun

Step3. Beli masa murah dan jual masa tinggi.....adalah step yang paling 
terakhir anda perlu buat...tetapi kebanyakkan orang mebuat langkah silap 
dengan bermula step 3 dulu...sampai bila pun tak boleh beli emas sebab harga 
emas dalam trend menaik....

Kesimpulannya...beli la emas dari sekarang jika anda tak nak rugi...
kerana penggunaan sistem emas telah digunakan sejak dari zaman 
dahulu kala lagi...
Nilai emas tidak akan susut dan tidak akan di telan inflasi seperti 
penggunaan mata wang..

Gold Silver Resources SDN BHD

KELEBIHAN DEALER GSR
Selamat datang ke laman web GSRemyBerhan: Dealer Gold Silver Resources Sdn Bhd (GSR). Laman web ini ditwujudkan sebagai platform informasi setempat semua berkenaan Syarikat, Khidmat, Produk & Halatuju kami. GOLD SILVER RESOURCES SDN. BHD (GSR) ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan secara rasmi pada 16 November 2011. Perniagaan utama GSR ialah menfokuskan perdagangan logam berharga seperti bullion Emas dan Perak. Semua produk GSR adalah dijamin akan belian balik pada harga yang lebih tinggi dari pesaing kami. Kami boleh memberikan khidmat rundingan & bimbingan berkaitan GSR melalui rangkaian Pengedar Rasmi seperti Rangkaian MyGSR2U di seluruh Malaysia.
Print

KELEBIHAN DEALER GSR

Saya pasti ramai yang akan bertanya apakah kelebihannya menjadi Dealer GSR. Nah..saya akan ceritakan secara ringkas di sini.


  1. Syarikat Milik Bumiputera 100%

  2. Komisen yang tertinggi ditawarkan oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia. Komisen Emas RM** ( SETIAP GRAM ) manakala Perak 2-3%.

  3. Komisen Buyback yang tertinggi oleh syarikat Emas & Perak di Malaysia. Komisen Buyback Emas RM4/g dan Perak0.5%.

  4. Spread produk  Emas yang serendah 5.40% bagi khas untuk dealer sahaja.

  5. Keluaran produk Emas & Perak yang menggunakan pendekatan yang lain dari yang lain. Produk Bullion Emas & Perak menggunakan pendekatan mirip Perth Mint, Australia di mana keluaran yang terhad bagi setiap produk. Menjadikannya unik kerana limited mintage.

  6. Produk disertakan dengan sijil ketulenan yang ditauliahkan ketulenan oleh KL Assayer Office (Syukor Anuar) yang mana merupakan salah satu Pentauliah Bebas Logam Berharga.

  7. Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan dilekatkan dengan sticker Hologram yang mustahil untuk diklon (password encrypted)

  8. Pertama di Malaysia! Setiap Sijil Ketulenan adalah unik bagi setiap produk dengan Tema Khas

  9. Pertama di Malaysia! Setiap Bullion Bar Perak & Emas tersebut serta Sijil Ketulenan ditandatangi oleh Assayer By Hand, bukan dicetak. Sangat unik.

  10. Produk bukan sahaja sebagai instrumen pelaburan bahkan sebagai "Collectors Item" kerana kuantiti yang terhad.

  11. Pelbagai design akan dikeluarkan hampir setiap 2 bulan.

  12. Mampu dibeli oleh semua golongan sasaran & mudah dijual semula

  13. Jaminan beli balik / "Buy Back" oleh syarikat

  14. Sistem Pendaftaran Dealer menggunakan pendekatan "Affiliate" yang tercanggih secara automatik

  15. Belian (Order boleh dibuat secar online - barang terus dihantar kepada anda tanpa orang tengah.

  16. Harga produk yang dikemaskini secara automatik mengikut harga emas dunia

  17. Order juga boleh dibuat secara SMS atau telefon.

  18. Mudah untuk menjadi dealer dengan hanya RM1,000 bagi masa yang terhad - Rebutlah peluang sekarang!!

6 SEBAB KENAPA GSR TIDAK PERLU MENDAPATKAN LESEN BANK NEGARA


1- GSR tidak memerlukan LESEN dari BANK NEGARA MALAYSIA kerana ia bukanlah MLM

2- GSR tidak menyediakan 'dividen atau hibah' seperti SYARIKAT PELABURAN yang

 menjamin pulangan berbentuk 'cash money' dengan % KEUNTUNGAN secara berkala

3- GSR tidak memberi perkhidmatan PERTUKARAN MATA WANG

4- GSR bukan BANK

5- GSR bukan BADAN KOPERASI

6- GSR bukan SYARIKAT PINJAMAN WANG

Hanya bermodalkan RM1,000 sahaja semasa promosi Dealership yang akan berakhir pada 31 Mei 2013, anda layak bergelar Agen / Dealer Rasmi GSR.



Anda akan bertanya lagi. Apa yang dealer dapat dengan RM1,000 tu? Baik secara ringkas juga anda sebagai dealer layak memperolehi paling minima item berikut:

  1. Diskaun / Komisen pembelian emas dan perak seumur hidup yang lumayan.
  2. Yuran dealer seumur hidup
  3. FREE kos penghantaran percuma bagi produk emas
  4. FREE website marketing GSR
  5. FREE seminar/bengkel untuk Pemantapan Dealer secara berkala seumur hidup
  6. FREE penghantaran melebihi 1kg silver
  7. FREE Buku resit GSR
  8. FREE Flyers promosi GSR 300kpg
  9. FREE Member Card GSR
  10. FREE Jaket GSR
  11. FREE Bussines Card 300 kpg
  12. FREE Khairat kematian RM500 (2 tahun pertama)

Sijil SSM Syarikat GSR




GOLD SILVER RESOURCES SDN. BHD (GSR) ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan secara rasmi pada 16 November 2011. Perniagaan utama GSR ialah menfokuskan perdagangan logam berharga seperti bullion Emas dan Perak   
     

mahal, cuba silver pulak





Ada di antara kawan-kawan saya yang apabila saya cuba promosi emas kepada mereka, mereka mengatakan emas mahal sangat. Jawapan saya, yup, emas memang mahal dan akan terus mahal. Jika kita tidak mampu nak beli emas sekarang, nampaknya kita susah nak beli pada masa hadapan.

Sebenarnya ada satu lagi logam yang sanagt berharga selain dari emas. Logam itu ialah perak. Semasa saya menulis arikle ini, harga emas ialah USD1700 per ounze. Tapi perak hanya berharga USD33/ounce. Anda nampak tak beza harga antara emas dan perak tu? Jauhkan. Kalau di tukar kepada ringgit, harga perak sekilo dalam RM4,000 tapi emas sekilo sudah berharga RM170,000.

Jadi jika anda mengatakan emas terlalu mahal. Anda boleh la memikirkan perak sebagai alternatif. Dan untuk pengetahuan semua kenaikan harga perak lebih tinggi dari emas untuk 10 tahun yang lepas. Kenapa? Kerana perak menjadi pilihan dalam sektor industri. Perak banyak di gunakan dalam sektor pembuatan. Jadi tidak hairan lah harga perak meningkat dengan begitu cepat.

Jika anda ingin mendapatkan produk perak, anda boleh menghubungi saya. Produk yang saya akan tawarkan ialah produk Gold Silver Resources (GSR).

Download

Borang daftar dealer..... khas utk dealer sahaja

PM https://www.facebook.com/RaiMiBeRhanudin
SMS 017 4018879
WhatsApp 019 5277583

berikan email anda utk dapatkan borang pendaftaran

Sila sertakan Bukti pembayaran , salinan IC depan n belakang dan borang daftar dealer kepada saya ... Ia adalah wajib ....send ke email :   remy_borhan@yahoo.com

PENDAFTARAN DEALER
Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana ingin mendaftar sebagai dealer GSR. So, post kali ini saya akan tunjukkan step pendaftaran sebagai dealaer.

Langkah-langkah pendaftaran sebagai dealer

### Klik pada menu Daftar pada butang merah di atas New Registartion as DEALER   atau  FREE MEMBER – anda akan di bawa ke menu rasmi website GSR2U. .



  1. Kini anda perlu mengisi maklumat butiran anda. Pastikan maklumat Introducer / Sponsor anda ialah remyberhan dengan nama RAIMI BERHAN
  1. Penuhkan maklumat yang lain-lain seperti yang dipaparkan.

  2. Pastikan username yang anda daftar atau pilih dengan cermat kerana username anda itu adalah ID Rasmi bagi website percuma anda seperti contoh:    www.gsr2u.com.my/remyberhan   ( remyberhan ialah username rasmi saya)

  3. Setelah selesai butiran anda dihantar (submit) dalam talian. Sila buat bayaran terus ke Akaun GSR dengan No. Akaun Bank seperti yang dipaparkan pada sebelah kiri website rasmi GSR2U. No Akaun GSR:
Gold Silver Resources (M) Sdn Bhd 
Maybank  – 5621 0662 1240
CIMB        – 1205 1311 396 052

  1. Pastikan anda buat Screenshot atau Printscreen Payslip jika menggunakan Internet Banking atau ambil slip ATM bagi bukti bayaran untuk GSR.

  2. Emailkan bukti bayaran & salinan MyKad anda kepada admin@gsr2u.com.mypayment@gsr2u.com.my dan  cc kepada saya di remy_borhan@yahoo.com sebagai rujukan saya untuk mempercepatkan proses pendaftaran anda.

  3. Untuk tujuan simpanan rekod, dokumen manual perlu diisi dan saya akan emel kepada anda untuk dilengkapkan dan dihantar semula kepada saya atau pos terus ke HQ GSR.

  4. Anda akan dihubungi oleh GSR untuk pengaktifan akaun Dealer anda. Saya akan membantu mempercepatkan proses tersebut.
Secara rasminya anda telah menjadi dealer GSR. Mudah bukan? Dalam masa beberapa hari segala item seperti buku resit, jaket GSR, kad bisnes akan sampai di rumah anda. Jika megahdapi masalah sila hubungi saya.PM https://www.facebook.com/remyberhanudin          017-4018879-SMS/CALL

Sunday, March 11, 2012

solat jemaah..bila imam tak cukup rakaat

Arinie mcam biasa berjalan kaki ke surau, bila masuk waktu..(kadang naik moto bila dh xsempat,xdan org utagha kata..atau sakit tapak kaki,motor kriss lapuk tu la jadi kuda hitam,hehe)

Imam yg biasa lead d solah xda arinie, pakcik yg agak berumur imamkn kami..(dh ada uban bnyak penuh dh. xmungkin muda kot..huhu).

Pakcik tu imamkn solat Asar kami..sampai rakaat ketiga, dia duduk tahiyat akhir smpai habis. Yg saya nk cerita nie masalah bgi makmum sahaja dahulu..ada makmum yg follow imam baca tahiyat akhir sampai habis ikut imam beri salam walaupun xcukup rakaat.

Yang jadi masalahnya bila makmum yg ada d belakang imam tu..samaada dia xperasan rakaat xckup atau~..apa2ja lah..huhu. Sepatutnya yg d belakang imam kena la tinggi jugak ilmunya, sebab dia akan buckup imam, imam subtitute bila imam batal xsah, terlupa dan seantero dengannya..hmm.
Kali akhir kes mcam nie jadi masa bulan puasa (tahun bila tak ingat), imam kurg rakaat gak di kampung. Org muda makmum di belakang imam, tak tahu nk wat apa bila jadi macam ni.(Ingatan pada yang xtahu, jngan ler belagak terer duduk blakang imam,huhu). Masa tu saya xwas2 imam kurg rakaat, jadi mufaraqah. Tapi harinie jadi balik,macam blur,was-was..sebab ada makmum buat yg xpernah tngok..tu la pasal.Hmm..

Berbalik pada makmum yg follow tahiyat sampai habis tadi, apa yg perlu dibuat?
Selepas imam beri salam, baru ada org ingatkn dia, jadi imam wat solat semula, jadi kena la jemaah semula bersama imam.

Persoalan bagi saya, ada pula makmum yg follow tahiyat sampai habis, tapi bangun menambah rakaat yg tertinggal selepas imam  beri salam(tidak ikut beri salam bersama). Sebenarnya ianya tidak mengikut rukun.

Yang harus dilakukan makmum adalah dengan mengingatkn imam dengan bertasbih (Subhanallah-3x)berturut jika imam masih xsedar xcukup rakaat(sama juga jika lebih rakaat).
Dan imam masih xperasan, kita dengan kadar segera mufaraqah berdiri menambah rakaat.(sama juga lebih rakaat, terus mufaraqah duduk tahiyat akhir).

Tapi kalau was-was gak rasa xsah solat tu,xpayah susah2 la...solat semula..^-^. Allahua'alam.

Saturday, March 10, 2012

Doa Minta Dibalakan Orang Zalim

Semoga Allah memberikan kesabaran dan pahala atas ujian yang menimpa saudara2 kita. Percayalah segala kesakitan hidup di dunia ini, jika kita redha dengan Allah maka ia akan menjadi kebaikan dan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Untuk persoalan 'Doa Minta Dibalakan Orang Zalim'~

1. Sesiapa sahaja yang menzalimi orang lain, maka akan ada pembalasan Allah ke atasnya sekalipun insan yang dizalimi itu telah mati, atau gagal bertindak apa-apa. Allah tidak lupa perbuatan mereka yang zalim. Akan ada hari yang mendatang di mana si zalim akan tetap dibalas Allah dengan cara yang dikehendakiNya. Percayalah hal ini. Jika tidak pun di dunia, pembalasan akhirat tetap menanti. Dosa itu akan tetap ditanggung oleh si zalim. Akan tetap tiba hari yang maha adil untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
2. Jika benar  dizalimi, tidak akan disia-siakan pada Hari Akhirat kelak. Si zalim pula akan berhadapan dengan mahkamah Allah di Mahsyar nanti. Amalan baiknya akan yg dizalimi perolehi, jika tidak dia akan menanggung dosa yg dizalimi. Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dos orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
3. Berdasarkan hadis-hadis, baginda Nabi s.a.w pernah berdoa agar Allah mengambil tindakan ke atas musuh-musuh Islam. Banyak hadis-hadis mengenai hal tersebut. antaranya doa baginda s.a.w ke atas kumpulan Quraish yang menzalimi baginda:
“Ya Allah, ambillah tindakanMu ke atas Quraish” (Riwayat al-Bukhari).
4. Adapun sesama muslim, perkara yang patut didahulukan –jika mampu- adalah memaafkan atau memohon hidayah agar diberikan kepada si zalim. Sabda Nabi s.a.w:
“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).
5. Adapun jika mahu juga berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya, maka perkara tersebut tidaklah salah. Pastikan dahulu memang dizalimi dan perbuatan individu berkenaan memang terbukti dan zalim. Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:
Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya.
Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”.
Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.
Gurauan Nabi s.a.w telah merisaukan Umm Salamah. Nabi s.a.w menjelaskan bahawa doa itu tidak akan menimpa gadis itu kerana dia tidak layak. Ertinya, jika sesiapa yang layak maka doa itu akan menimpanya.

6. Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya serta mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.
Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir.
Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi harta secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”.
Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup dalam kefakiran sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.
7. Doa-doa di atas jika kita lihat mereka tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.
8. Kita hendaklah sentiasa bimbangkan doa orang yang kita zalimi. Akan ada masanya Allah memustajabkan doa insan yang dizalimi lalu membalasnya kepada si zalim. Sabda Nabi:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Ertinya, walaupun insan yang dizalimi itu mungkin tidak baik agamanya, tetapi perbuatan orang lain menzaliminya tetap akan Allah balas. Dosa individunya itu urusan dirinya. Dosanya itu tidak memberi ‘lesen’ kepada orang lain untuk menzaliminya. Maka berhati-hatilah kita.

sumber Sinar Harian-DRMAZA

Friday, March 9, 2012

..sambungan Syarak Taklifi

sunat dari segi bahasanya ialah jalan yang ditempuhi,manakala dari segi istilahnya menurut ulama` fiqih ialah sesuatu perkerjaan yang dituntut oleh Syarak untuk dikerjakan,tetapi tidak dengan tuntutan yang menunjukkan kepada mesti.[1]. Ianya merupakan satu tuntutan ringan yang diperintahkan melalui ayat suruhan tetapi mempunyai qarinah (petanda) yang tidak mewajibkannya. Hukum sunat juga disebut sebagai mandub,nafilah,mustahab dan fadhilah. Ia dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :


a)     Sunat Muakkad/Al-Huda – sesuatu yang tetap dikerjakan Rasulullah SAW tanpa ditinggalkan. Dari aspek sosialnya,baginda menganjurkan nikah semasa mampu seperti yang dinyatakan dalam nas berikut :

“Barangsiapa di antara kamu yang berkemampuan mengeluarkan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berkahwin kerana perkara ini akan memejamkan mata dari melihat perempuan ajnabi dan akan memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang ketiadaan belanja perkahwinan, maka hendaklah dia berpuasa. Maka bahawasanya puasa itu melemahkan syahwat jimak.”[2]

b)     Sunat Ghayr Muakkad – sesuatu yang tidak selalu dilakukan Rasulullah SAW seperti memberikan sedekah kepada yang berkemampuan bekerja.Hal ini disebutkan di dalam petikan hadis berikut : 

"Tidak ada bahagian zakat bagi seorang yang kaya dan seorang yang kuat yang mampu berkerja".[3]

c)      Sunat Zai`dah- segala pekerjaan yang dilakukan Nabi yang termasuk dalam urusan adat kebiasaan manusia seperti mandi,makan,tidur dan sebagainya. Pekerjaan ini merupakan antara perkara-perkara yang perlu dilalui seorang manusia dalam meneruskan kehidupannya
h    
       HUKUM TAKLIFI ( HARAM )
 
Haram dari segi bahasanya ialah yang dilarang. Dari sudut pengertian istilahnya, sesuatu yang dituntut oleh syarak untuk meninggalkannya atas dasar yang definitif  dan tegas. Orang yang meninggalkannya diberi ganjaran manakala yang melakukannya adalah berdosa sama ada ditunjuk oleh dalil yang Qat`ie atau Zanni (yang diharamkan hadis Ahad).Bagi mazhab Hanafi, haram ialah sesuatu yang ditunjukkan oleh dalil Qat`ie, manakala dalil zanni disebut itu dinamakan sebagai makruh tahrim. 

Hukum haram dapat difahami melalui lafaz haram yg digunakan atau lafaz yg menafikan halal seperti “ hurrimat” atau “ la yahillu”. Ianya merupakan larangan yang membebankan supaya meninggalkan sesuatu dari pelbagai aspek kehidupan sama ada dari sudut perbuatan seperti berzina dan mencuri,dari sudut perkataan seperti mengumpat dan memfitnah,dari sudut hati seperti hasad dengki dan dendam kesumat dan dari sudut kebendaan seperti meminum arak dan berjudi.Haram terbahagi kepada dua pecahan iaitu :

a)     Haram lidhathin - Apa yang diharamkan oleh syarak sejak awal lagi kerana wujud kemudharatan dan kerosakan didalamnya. Contohnya zina , kahwin dengan mahram, makan bangkai dan sebagainya berdasarkan dalil-dalil dibawah. Maka bagi pelakunya akan mendapat dosa atau hukuman dan ia tidak boleh menimbulkan sesuatu kesan hukum syarak. Namun begitu syarak kadang mengharuskan sesuatu pebuatan haram lidhathin kerana darurat terutama untuk menjaga lima perkara meliputi aspek keagamaan,nyawa,akal,maruah dan harta.

“ Diharamkan ke atas kamu memakan bangkai, dan darah dan daging babi,dan apa-apa yang disembelih kerana selain daripada Allah; dan yang (mati) dicekik,dan (mati)ditanduk,dan yang (mati) ditolak binatang buas,kecuali barang yang kamu ( sempat ) sembelihi,dan binatang-binatang yang disembelih atas nama berhala”[4]

“Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji…..”[5]

b)     Haram lighayrih - Haram jenis ini merujuk kepada sesuatu yg pada awalnya disyariatkan kerana tidak ada mudarat atau manfaat yg ada adalah lebih banyak tetapi disertakan dengan perbuatan lain yg haram.Misalnya  solat diatas harta yang dirampas. Perbuatan ini asalnya diharuskan tetapi telah disertakan dgn perbuatan lain yg memudaratkan. Dalam konteks haram lighayrih ada ulamak berpendapat perbuatan itu sah dan ada kesan hukum seperti jualbeli pada azan jumaat adalah sah tetapi berdosa, dan ada ulamak yg mengatakan perbuatan itu haram dan tidak ada kesan hukumnya.Hal ini berpandukan kepada firman Allah yang berbunyi :

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” [6]

HUKUM TAKLIFI ( MAKRUH )

Makruh dari segi bahasanya bermaksud yang tidak disukai. Namun begitu, dari sudut syarak ia didefinasikan sebagai suatu pekerjaan yang dituntut agar ditinggalkan dengan maksud membersih(tanzih). Sesetengah ahli usul fikh turut mentakrifkannya sebagai sesuatu yang dipuji apabila ditinggalkan,namun tidak dicela orang yang mengerjakannya.[7] Hukum makruh terbahagi kepada 2 unsur tegahan yang dijumpai dalam 2 bentuk iaitu : 

a)     Makruh Tanzih – bermaksud meninggalkan sesuatu yang tidak dirasa akan disiksa dengan mengerjakannya[8] dan  bersandarkan kepada larangan dalil zanni. Dalam aspek sosial misalnya, Islam menegah umatnya memakan sesuatu yang busuk dan meninggalkan bau seperti makan petai dan juga budu.Namun begitu,meninggalkannya adalah lebih baik kerana ia memudahkan ibadah dilaksanakan dan menjaga kemaslahatan sekeliling. Hal ini bersabitkan dengan nas yang berbunyi :

"Barangsiapa yang makan bawang merah, bawang putih dan petai, maka
janganlah sekali-kali mendekati masjid kita, karena sesungguhnya malaikat itu
merasa disakiti yakni tidak enak perasaannya sebagaimana merasa disakitinya
- yakni tidak enaknya perasaan - anak Adam daripada bau benda-benda itu."[9]

b)     Makruh Tahrim – bermaksud sesuatu larangan yang diharamkan syarak dari dikerjakannya bersandarkan kepada dalil yang qat`ie. Sebagai contoh, di dalam aspek munakahat misalnya, Islam menegah kita daripada melakukan pinangan ke atas pinangan orang lain.Hal tersebut jelas disebutkan di dalam sebuah hadis sahih :

" Nabi (SAW) melarang membeli sebahagian daripada kamu akan (belian) orang lain dan melarang seorang lelaki meminang ke atas pinangan saudaranya sehingga peminang ( pertama ) meninggalkan ( menolak ) sebelumnya atau memberi izin dari peminang ( yang pertama ) bagi dirinya (peminang kedua). "[10]

 HUKUM TAKLIFI (HARUS )

Harus dari sudut bahasanya ialah sesuatu yang dibolehkan,sesuatu yang dibolehkan kita mengambilnya dan dibolehkan kita tidak mengambilnya. Dari segi uruf syarak, ia merupakan sesuatu yang tidak dipuji sekiranya melakukannya dan meninggalkannya. Sekiranya sesuatu perkara yang harus itu akan menyampaikan kita kepada perkara yang tertegah agama,maka ia turut ditegah syarak. Hukum meminang secara sindiran diharuskan di dalam Islam dan ada disebut di dalam Al-Quran yang berbunyi : 

“ dan tidak berdosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kahwin dengan mereka secara rahsia,kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf” [11]


[1] Pengantar Hukum Islam,jilid 2 m/s 164
[2] Hadis yg disepakati ahli hadis
[3] Hadis riwayat Abu Daud
[4] Surah Al-Maidah AYat 3
[5] Surah Al-Isra` Ayat 32
[6] Surah Al-Jum`ah Ayat 9
[7] Pengantar Hukum Islam Jilid 2,m/s 172
[8] Pengantar Hukum Islam Jilid 2 m/s 172
[9] Hadis riwayat Imam Muslim
[10] Hadis riwayat Bukhari
[11] Surah AL-Baqarah Ayat 235

Syarak Taklifi

Hukum Syarak terbahagi kepada dua pecahan utama iaitu hukum taklifi dan hukum wadi`e. Hukum taklifi bermaksud Khitab Allah yang merupakan tuntutan kepada seorang mukallaf sama ada untuk melakukan  sesuatu perintah, meninggalkannya atau memilih diantara duanya iaitu sama ada melakukan sesuatu atau sebaliknya.


Hukum ini terdiri daripada 5 pecahan utama iaitu melibatkan hukum wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Secara ringkasnya, ia dapat difahami hukum ini berupa perintah melakukan sesuatu perkara yang Wajib atau Sunat, perintah meninggalkan perkara yang Haram dan Makruh serta pilihan untuk melakukan sesuatu perkara sama ada hendak melakukan perkara tersebut atau sebaliknya yang dinamakan Harus.

Sementara itu, hukum Wadi`e pula merupakan Khitab Allah yang menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau  penghalang kepada sesuatu hukum. Hukum ini tidak disyaratkan dengan kemampuan mukallaf yang bererti sekiranya seseorang memiliki atau tidak memiliki kemampuan sekalipun, hukum berkenaan tetap akan berlangsung. Secara asasnya, ia membincangkan bagaimana sesuatu sebab,syarat dan penghalang yang berlaku menjadi penanda berlakunya penentuan hukum taklifi.

Hukum taklifi terbahagi kepada 5 pecahan yang utama seperti yang telah diterangkan diatas meliputi hukum wajib, sunat, makhruh , harus dan haram. Wajib ( i`jab) ialah ialah tuntutan syarak ke atas mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan pasti (qat`ie). Sekiranya tidak dilaksanakan, seseorang akan berdosa sebaliknya jika ia dilaksanakan,seseorang itu akan  mendapat pahala. Lazimnya, hukum wajib ini difahami daripada ayat-ayat perintah dan ayat-ayat azab dan secara umumnya, jumhur ulama` mengklasifikasikan ianya sebagai fardhu.
Hukum wajib ini terbahagi kepada empat jenis wajib yang utama iaitu :-

a)     Wajib berdasarkan waktu pelaksanaannya
b)     Wajib berdasarkan kadar yang ditentukan
c)      Wajib berdasarkan tuntutan
d)     Wajib berdasarkan pelaku

WAJIB BERDASARKAN WAKTU PELAKSANAANNYA

Wajib ini terbahagi kepada dua wajib yang utama iaitu Wajib Mutlaq dan Wajib Muqayyad. Wajib Mutlaq ialah sesuatu kewajipan yang wajib dikerjakan namun tidak bataskan tempoh waktunya. Contohnya di dalam aspek ibadah , haji boleh dikerjakan pada bila-bila masa selagi seseorang itu berkemampuan untuk menunaikannya tanpa sebarang keuzuran dan kecelakaan berdasarkan dalil Al-Quran dan hadis  yang berbunyi :

“ …mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu ( bagi ) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji),maka sesungguhnya Allah Maha Kaya( tidak memerlukan sesuatu) dari alam semesta.”[1]

Dari Ibnu Umar r.a , telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan berkatalah ia; “Ya Rasulullah! Apakah yang mewajibkan haji itu?”.Rasulullah menjawab; “ adanya bekal dan kenderaan.”[2]

Sementara itu,Wajib Muqayyad pula merujuk kepada sesuatu pekerjaan/ tuntutan yang diwajibkan serta ditentukan dan dibatasi dengan tempoh masa. Contohnya seperti kewajipan menunaikan solat di awal dan akhir waktunya dan juga kewajipan berpuasa apabila tibanya bulan Ramadhan yang diterangkan dengan jelas menerusi nas-nas sahih. Wajib Muqayyad dibahagikan kepada 2 pecahan kecil lain iaitu :-

a)     Wajib Muqayyad Muwassa` - sesuatu pekerjaan/ibadah boleh dilakukan dalam tempoh masa yang panjang sama ada diawal,ditengah atau diakhir.Contohnya kewajipan menunaikan solat fardhu zuhur yang waktunya amat panjang dan boleh dilakukan sama ada pada awal waktu atau akhirnya.Namun begitu,tuntutan menyegerakan solat adalah lebih afdhal berdasarkan sabda Rasulullah SAW ;

“ Sebaik- baik amal ibadah ialah solat yang dikerjakan diawal waktu ”[3]
b)      
Wajib Muqayyad Mudayyaq – sesuatu pekerjaan/ibadah dilakukan dalam tempoh masa yang telah dihadkan. Sebagai contoh,kewajipan menunaikan puasa Ramadhan tertakluk dibawah hukum ini kerana masa untuk menunaikannya adalah amat pendek dan ditentukan hanya pada bulan Ramadhan berdasarkan sabda baginda SAW :

“Apabila kamu melihat anak bulan,maka berpuasalah. Dan apabila kamu melihat anak bulan Syawal, maka hendaklah kamu berbuka. Maka jika tidak nampak olehmu,maka hendaklah kamu perhitungkan jumlahnya hari dalam satu bulan”[4]
Wajib berdasarkan kadar yang ditentukan

 Wajib kategori ini terbahagi juga kepada dua pecahan kecil iaitu :

a)     Wajib Muhaddad – Ibadah yang telah ditentukan syarak kadar yang seperti dari sudut ibadahnya mengerjakan zakat, diat, nazar dan dari sudut muamalahnya seperti penetapan kadar jual beli diantara peniaga dan penjual dengan kerelaan. Hal ini merujuk kepada dalil-dalil berikut:

“ Tidak ada sedekah (zakat) pada biji dan kurma kecuali apabila mencapai lima wasaq( ±700kg)”[5]

Telah bersabda Rasulullah SAW: “ Baru sahlah jual beli sekiranya ia berlaku dengan kerelaan keduanya”[6]

“Barang siapa bernazar mengerjakan sesuatu taat,hendaklah ia menunaikan nazarnya. Dan barang siapa bernazar mendurhakai Allah, maka janganlah ia mendekainya”[7]

a)     Wajib Ghayr Muhaddad -  Ibadah yang tidak ditentukan syarak kadar yang tertentu. Contohnya dari sudut sosial,  sedekah dan membelanjakan harta ke jalan Allah sangat dituntut keatas umat Islam. Hal ini merujuk kepada dalil-dalil berikut :

“Keluarkanlah nafkah di jalan Allah,dan janganlah kamu menjerumuskan diri dengan tanganmu sendiri kedalam kebinasaan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”[8]

 WAJIB BERDASARKAN TUNTUTAN

Wajib kategori ini terbahagi kepada 2 pecahan iaitu :

a)     Wajib Muayyan – Pekerjaan yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf tanpa ada pilihan lain spt solat 5 waktu, puasa dan memulangkan barang yang dirampas/ hutang berdasarkan dalil berikut:

“Pinjaman itu wajib dikembalikan dan orang yang menjamin dialah yang berhutang, dan hutang itu wajib dibayar”[9]

“Dan dirikanlah solat,keluarkanlah zakat dan tunduklah (ruku`) bersama-sama orang yang ruku`”[10]

b)     Wajib Ghayr Mua`yyan – Pekerjaan yang telah dituntut syarak utk dilaksanakan oleh setiap mukallaf  dengan diberi pilihan, terpulanglah kepada seseorang untuk memilih mana-mana yang dia sukai seperti kafarah sumpah , diberi 3 pilihan iaitu memberi makan 10 org miskin atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Hal ini berpandukan dalil berikut: 

“Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah – peliharalah sumpah kamu”.[11]

  Wajib berdasarkan pelaku

Wajib kategori ini terbahagi kepada 2 pecahan iaitu :

a)     Wajib `ayni –  kewajipan yang dituntut ke atas setiap mukallaf yakni perkara fardu ain yang menjadi tanggungjawab ke atas diri masing-masing. Contohnya, kewajipan menunaikan rukun Islam bagi setiap manusia mukallaf. Hal ini disabitkan dengan nas yang ada menyebut mengenainya berbunyi : 

“Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya.”[12]

b)     Wajib kifa`i –Kewajipan yang dituntut syarak dengan tuntutan yang pasti (qat'ie) kepada sebahagian drp masyarakat, bukan setiap seorang mukallaf. Jika dilakukan oleh sebahagian drp mereka, maka sudah memadai. Tetapi, jika tiada seorangpun di kalangan mereka melakukannya, maka seluruh mereka berdosa  seperti solat jenazah berdasarkan dalil yang berbunyi :

"Sembahyanglah kamu ke atas orang-orang yang telah mati."[13]


[1] Surah Al-Imran Ayat 97
[2] Hadis riwayat At-Tarmizi
[3] Hadis riwayat At-Tarmizi dan Hakim
[4] Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Nasai` dan Ibn Majah
[5] Hadis riwayat Muslim
[6] Hadis Riwayat Ibn Hibban dan Ibn Majah
[7] Hadis Riwayat Bukhari Al-Jami`ush Shagier 2:182
[8] Surah Al-Baqarah Ayat 195
[9] Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Abu Dawud
[10] Surah Al-Baqarah Ayat 43
[11] Surah Al-Maidah Ayat 89
[12] Mafhum hadis Ibn `Umar yg disepakati kesahihannya
[13] Hadis riwayat Ibn Majah